Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya SUDAH BEBAS ESTIPEYEMMM! Syukur alhamdulillah. Semoga perjalanan aku dalam mengharungi kehidupan di tingkatan 6 ini akan membawa kejayaan kepada aku dan rakan-rakan seperjuanganku. Aamiin :-) Saya ni tak bernasib baik lepas SPM haritu tapi berharap rezeki akan ada selepas ini. Allah is the best planner for His servant. Semoga persahabatan ini tiada penghujungnya. Lepas ni aku tahu masing-masing akan berpecah tapi persahabatan kami tidak mungkin berpecah begitu. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Facebook, phone semua ada. Takde alasan untuk merenggangkan silaturahim yang pernah terjalin :'D Sedih sangat. Setahun setengah berlalu dengan begitu pantas. Aku merasakan belum cukup lagi memori yang kami nak bina. Tapi mungkin memori itu akan terbina di luar. Allah Maha Mengetahui. Ku sematkan kenangan ini sebagai kenangan yang tak pernah pupus agar aku dapat ceritakan kenangan ini kepada anak-anak dan cucu-cucuku. Hahaha XD
6A2
Gelak tawa, suka duka semuanya menjadi kenangan terindah.
You all the best. Loveyou :* xoxo
No comments:
Post a Comment