*hanya lakonan semata-mata :)
Assalamualaikum . Hey peeps :) Jam sekarang pukul 0049am dan aku masih tak tidur lagi . ish ish anak dara ni ~AMARAN KERAS ! JANGAN DITIRU AKSI INI~ okay merepek ==' ha ! nampak kan image atas tuh ? Tu diaaaa ! Muncung panjang sejengkal , siap boleh sangkut hanger lagi . HAHAHA XD Entry aku malam malam yang tak berapa nak buta ni , aku nak citer pasal MENGUMPAT . Korang pernah mengumpat tak ? Comfirm lah pernah kan . Kau ckp sikit perempuan mane yang tak mengumpat ? Bukan setakat perempuan . Laki pun ada tau . Jangan tak percaye . kahkah xD Apa itu mengumpat ? Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain . Mengumpat ni sebenarnya dosa besar yang semua org yang aku rase tahu tapi kenapa kita masih mengumpat ye ? Fikir sejenak :)
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa . Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Source: Maklumat yang dijejaki :)
Source: Maklumat yang dijejaki :)
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL . ASSALAMUALAIKUM :)
2 comments:
mcm mana eh nk jaga mulut dr mengumpat..ish2.
sarah pun tak tahu . sarah pun kdg2 pun mengumpat jugak . lumrah dunia mungkin :)
Post a Comment